Thursday 29 November 2012

melukis dengan cara batik



ALAT PERMAINAN - GASING

Gasing merupakan sejenis permainan boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi.

Gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.

Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon.

Antara jenis gasing ialah gasing piring, pangkah, jantung dan sebagainya.


 

 

Wednesday 28 November 2012


MENGENAL KRAF TRADISIONAL

a) Batik     

b)Tekat

c) Ukiran

Ø Tenunan

Ø   Anyaman

d) Tembikar

e) Alat Domestik

f) Alat Permainan

g) Alat Pertahanan Diri

h) Alat Perhiasan Diri

 

TEMBIKAR

Satu seni kraf tradisional yang menggunakan bahantara tanah liat, dibentuk, dibakar dan digilapkan.

Tembikar  dikeringkan dengan cara mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur

Tembikar merupakan karya 3 Dimensi dan bermula sejak zaman primitif lagi.

Buyung

Bekas air mempunyai leher dan badan bersaiz besar dan bahagian badan berbentuk bulat penuh serta mempunyai permukaan yang licin tanpa hiasan. Pada asalnya buyung dibentuk tanpa bahagian kaki seperti labu lesap. Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong. Umumnya buyung mempunyai bahagian leher dan badan.

 

 

TOPENG MUKA

Topeng ialah sejenis alat yang direka untuk menutup sebahagian atau keseluruhan kepala

Kebiasaanya digunakan untuk persembahan tarian, upacara kebudayaan ataupun hiasan dinding

Jenis topeng ialah topeng mata, topeng muka dan topeng serkup.



 

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Arca Timbul               Assemblaj

Mobail                         Stabail

Model                          Diorama

Boneka                        Origami

 Topeng Muka

 

STABAIL

Stabail ialah satu binaan seperti mobail tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sahaja boleh bergerak.

Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.

Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati.

Stabail boleh digantung di dinding, tingkap, atau pintu siling.

Stabail ialah satu reka bentuk 3 Dimensi yang tidak bergerak.



 

 

TIUPAN

Menggunakan  teknik  tiupan warna  ke atas  sesuatu  permukaan untuk mendapatkan kesan  garisan.



LIPATAN DAN GUNTINGAN

Merupakan satu aktiviti membentuk objek atau corak.

Kaedah yang digunakan secara melipat kertas tertentu, mengguntingkan dan menampalkannya pada permukaan bahagian kertas yang lain

Menghasilkan corak positif dan negatif

 

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

a) CORAK  TERANCANG

    Lukisan      Catan       Cetakan       Capan        Lipatan dan guntingan

    Resis          Kolaj         Kaligrafi       Stensilan

b) CORAK TIDAK TERANCANG

Pualaman      Tiupan      Titisan     Ikatan dan  Celupan

Percikan  dan Renjisan

 

CETAKAN

Satu proses kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan

Proses perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain.

Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.

Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat.
 

Cetakan juga bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan tertentu seperti kertas, kain atau bahan-bahan lain.






 

Tuesday 27 November 2012


RESIS

Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.


Gambar  dihasilkan menerusi sapuan warna basah atau cat basah di atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin digunakan sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.  Lilin/ krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna.


Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan lilin dan menyapu warna secara berperingkat  dari warna terang ke gelap.

Glosari Seni Lukis: resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.



 

GOSOKAN

Proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Cara untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Penerokaan melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling murid.

Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Kesan jalinan tampak diperolehi dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Satu eksplorasi permukaan bagi mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

Kamus Dewan: gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok.


Glosari Seni Lukis : gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.




 

CATAN

Proses menyapu warna atau cat di atas sesuatu permukaan rata.

TEKNIK BASAH ATAS KERING
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan ng kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lutsinar.

Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.