Thursday, 29 November 2012
ALAT PERMAINAN -
GASING
Gasing
merupakan sejenis permainan boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang
pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayu
sejak dahulu lagi.
Gasing
dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang.
Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing.
Tali
gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat
daripada tali nilon.
Antara
jenis gasing ialah gasing piring, pangkah, jantung dan sebagainya.
Wednesday, 28 November 2012
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
a) Batik
b)Tekat
c) Ukiran
Ø Tenunan
Ø Anyaman
d) Tembikar
e) Alat Domestik
f) Alat
Permainan
g) Alat
Pertahanan Diri
h) Alat
Perhiasan Diri
TEMBIKAR
Satu seni kraf
tradisional yang menggunakan bahantara tanah liat, dibentuk, dibakar dan
digilapkan.
Tembikar dikeringkan dengan cara mendedahkannya di
bawah pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur
Tembikar
merupakan karya 3 Dimensi dan bermula sejak zaman primitif lagi.
Buyung
Bekas air
mempunyai leher dan badan bersaiz besar dan bahagian badan berbentuk bulat
penuh serta mempunyai permukaan yang licin tanpa hiasan. Pada asalnya buyung
dibentuk tanpa bahagian kaki seperti labu lesap. Buyung berkaki hanya diperoleh
dari Sayong. Umumnya buyung mempunyai bahagian leher dan badan.
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
Arca Timbul Assemblaj
Mobail Stabail
Model Diorama
Boneka
Origami
Topeng Muka
STABAIL
Stabail ialah
satu binaan seperti mobail tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya
sahaja boleh bergerak.
Bahan atau
bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh
bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang
dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.
Rekaan stabail
boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan
yang ada dan mudah didapati.
Stabail boleh
digantung di dinding, tingkap, atau pintu siling.
Stabail ialah
satu reka bentuk 3 Dimensi yang tidak bergerak.
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
a)
CORAK TERANCANG
Lukisan Catan Cetakan Capan Lipatan
dan guntingan
Resis Kolaj Kaligrafi Stensilan
b)
CORAK TIDAK TERANCANG
Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan Celupan
Percikan dan Renjisan
CETAKAN
Satu proses kerja seni menggunakan
dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan
Proses perpindahan imej yang
berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas
atau kain.
Satu proses penerapan blok, plat atau
skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Proses
ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan
lain.
Proses menghasilkan imej di atas
permukaan rata. Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat.
Tuesday, 27 November 2012
RESIS
Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna
basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan
kertas atau kain.
Gambar dihasilkan menerusi sapuan warna basah atau cat basah di atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin digunakan sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. Lilin/ krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna.
Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan lilin dan menyapu warna secara berperingkat dari warna terang ke gelap.
Glosari Seni Lukis: resis didefinisikan sebagai suatu
kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan
lilin di bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.
GOSOKAN
Proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan
yang berjalinan. Cara untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.
Penerokaan melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling murid.
Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Kesan jalinan tampak diperolehi dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Satu eksplorasi permukaan bagi mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.
Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Kesan jalinan tampak diperolehi dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Satu eksplorasi permukaan bagi mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.
Kamus Dewan: gosokan bermakna bergeser, bergesel,
menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok.
Glosari Seni Lukis : gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.
CATAN
Proses menyapu warna atau cat di atas sesuatu permukaan rata.
TEKNIK BASAH ATAS KERING
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan ng kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lutsinar.
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan ng kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lutsinar.
Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.
Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.
Subscribe to:
Posts (Atom)