Wednesday, 28 November 2012


MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

a) CORAK  TERANCANG

    Lukisan      Catan       Cetakan       Capan        Lipatan dan guntingan

    Resis          Kolaj         Kaligrafi       Stensilan

b) CORAK TIDAK TERANCANG

Pualaman      Tiupan      Titisan     Ikatan dan  Celupan

Percikan  dan Renjisan

 

CETAKAN

Satu proses kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan

Proses perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain.

Satu proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan kertas, kain atau bahan yang lain. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.

Proses menghasilkan imej di atas permukaan rata. Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat.
 

Cetakan juga bererti mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan tertentu seperti kertas, kain atau bahan-bahan lain.






 

Tuesday, 27 November 2012


RESIS

Satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain.


Gambar  dihasilkan menerusi sapuan warna basah atau cat basah di atas permukaan kertas yang disapu lilin. Lilin digunakan sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru.  Lilin/ krayon lilin bertindak sebagai alat untuk membuat garisan atau lakaran di atas kertas dan diwarnakan permukaannya. Permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna.


Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan lilin dan menyapu warna secara berperingkat  dari warna terang ke gelap.

Glosari Seni Lukis: resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.



 

GOSOKAN

Proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Cara untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Penerokaan melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling murid.

Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Kesan jalinan tampak diperolehi dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Satu eksplorasi permukaan bagi mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

Kamus Dewan: gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok.


Glosari Seni Lukis : gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.




 

CATAN

Proses menyapu warna atau cat di atas sesuatu permukaan rata.

TEKNIK BASAH ATAS KERING
Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan ng kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lutsinar.

Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.

Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.


Monday, 26 November 2012

Lukisan merupakan kerja-kerja peringkat awal bagi menghasilkan kesan garisan dalam usaha untuk menimbulkan sesuatu imej dengan menggunakan media kering atau media basah ( bukan sapuan ).
Media yang sering digunakan adalah seperti pensil, kapur, pen, krayon, arang, pastel, pen marker dan pensil warna. Penggunaan warna dalam lukisan adalah terhad. jelasnya lukisan bermaksud garisan yang membentuk imej tanpa menggunakan warna atau warna yang terhad.Asas Sebelum Melukis
1.
objek/ item
2.
pencahayaan
3.
perspektif